15 Peristiwa aneh di Dunia

Share on :
[imagetag]
Quote:

RATE DOLO GAN :rate5

NO REPOST ?

15 Peristiwa aneh di Dunia

[imagetag]

Quote:

1. Supernatural – James Dean and his Porche 550 Spyder: Pada bulan september 1955, James Dean telah meninggal dalam kecelakaan ngeri semasa memandu Porche sportnya (Porche 550 Spyder). Sejak itu, Porche sportnya seperti telah disumpah menjadi pembawa sial.(Ingat lagi drama bersiri Supernatural Season 5 Episode 4? cerita tentang Porche sport milik James Dean.). Kemalangan demi kemalangan berlaku semenjak kemalangan James Dean dengan Porche 550 Spyder-nya, yang antaranya telah menyebabkan kematian. Anda mungkin ingin mengetahui lebih lanjut tentang kisah Supernatural James Dean dan Porchenya!
Quote:

2. Bayi jatuh telah diselamatkan 2 kali oleh orang yang sama: Di Detroit tahun 1930an, Seorang ibu harus sangat berterima kasih kepada pemuda bernama Joseph Figlock. Ketika Joseph sedang bersiar-siar, ibu bayi tersebut terjatuh dari tingkap bersama bayinya, dan terhempap kepada Joseph. Kedua-dua ibu dan bayi itu, selamat tanpa kecederaan. Setahun kemudian, bayi yang sama jatuh pada jendela yang sama, dan jatuh menghempap orang yang sama, Encik Joseph Figlock. Kedua-dua mereka selamat. BGS rasakan ianya penuh misteri!
Quote:

3. Peluru Sampai ke Sasaran Selepas Bertahun-tahun: Henry Ziegland merasakan dirinya amat bijak melarikan diri, pada tahun 1883, dia telah memutuskan hubungannya dengan teman wanitanya ketika itu, akibat tertekan dan terlalu kecewa, bekas teman wanitanya itu telah membunuh diri. Abang kepada bekas teman wanitanya amat marah, dan telah pergi mencari Henry Ziegland dan menembaknya, yakin yang Henry Ziegland telah dibunuh, beliau membunuh diri dengan menemak kepalanya sendiri, akan tetapi Henry Ziegland masih hidup, peluru itu hanya tergores sedikit di wajahnya, peluru itu terpantul mengenai sebatang pokok. Bertahun kemudian, Henry Ziegland memutuskan untuk menebang pokok itu, dengan peluru masih lagi terlekat pada pokok tersebut. Selepas menebang pokok tersebut, beliau memutuskan untuk menghancurkannya dengan dinamit, malang sekali, ledakan pada pokok itu menyebabkan peluru yang melekat pada pokok itu terpantul mengenai kepalanya. Misteri dan aneh bukan?
Quote:

4. Bukan hanya dilahirkan Sebagai Kembar tetapi..: Cerita tentang adik beradik kembar menjalani kehidupan yang sama memang sangat menarik. Saudara kembar berasal dari Ohio, yang telah dipisahkan sejak lahir, dan telah di ambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang berbeza, langsung tidak mengenali antara satu sama lain, telah menamakan setiap mereka sebagai James, kedua-dua mereka menjalani kehidupan yang identikal, menceburi bidang kejuruteraan, sangat meminati pertukangan dan lukisan mekanikal (mehcanical drawing), kedua-dua mereka, tidak pernah mengenali antara satu sama lain, telah menikahi wanita bernama Linda, kedua-dua mereka mempunyai anak laki-laki yang dinamakan dengan James Alan. Telah menceraikan isteri masing-masing dan menikahi wanita dengan nama Betty. Kedua mereka juga mempunyai anjing yang dinama Toy. 40 tahun kemudian, mereka telah ditemukan, dan telah berkongsi kisah kehidupan mereka yang unik. BGS rasakan cerita ini sangat misteri, kemungkinan untuk kebetulan adalah 0%.
Quote:

5. Sama seperti jalan cerita buku terbitan Edgar Allan Poe: Pada abad ke 19, penulis cerita seram terkenal, Edgar Allan Poe, telah menulis sebuah buku berjudul "The narrative of Arthur Gordon Pym". Ceritanya berkenaan dengan 4 anak kapal yang terselamat dalam kecelakaan kapal laut, dan terdampar berhari-hari di tengah lautan, telah memutuskan untuk membunuh dan memakan anak kapal bernama Richard Parker. Bertahun-tahun kemudian, pada tahun 1884, kapal layar Mignonette tenggelam, dan 4 anak kapalnya terselamat, terdampar berhari-hari di tengah lautan, 3 0rang anak kapal tersebut memutuskan untuk membunuh dan memakan anak kapal yang juga bernama Richard Parker. Kebetulan? BGS berpendapat mungkin tidak..
Quote:

6. Rahangnya mengeluarkan jarum sepanjang 1.37cm
[imagetag]
Pada suatu hari, Dora Watkitson telah terpijak sebatang jarum, setelah potongan jarum tersebut berjaya dikeluarkan daripada kakinya, Watkitson tidak lagi merasakan kesakitan pada kakinya selama setahun. Namun demikian, 12 bulan kemudiannya, lidahnya merasakan seperti ada sesuatu yang kasar berada di rahangnya, dan setelah diperiksa, rahangnya mengeluarkan jarum sepanjang 1.37cm, sebahagian daripada jarum yang patah yang telah dipinjakkan suatu masa dulu, yang mana kini berada di antara dua gigi rahang bawahnya, jarum tersebut telah menjelajahi seluruh tubuhnya melalui edaran darah beliau.
Quote:

7. Sebutir peluru tertanam di otaknya
[imagetag]
Pada tahun 1982, seorang bayi berjaya dilahirkan di Amerika Syarikat dengan sebutir peluru tertanam di otaknya, ibunya, yang berusia 17 tahun mengakui terlibat dengan suatu pergaduhan melibatkan pertembakkan ketika beliau mengandung selama 7 bulan. Namun yang ajaibnya adalah, bayi tersebut berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan sehat.
Quote:

8.Tricia Reay telah bersin tanpa henti selama 156 hari
[imagetag]
Pada tahun 1980, seorang wanita bernama Tricia Reay telah bersin tanpa henti selama 156 hari, beliau bersin lebih kurang sekali dalam setiap 20 saat. Namun demikian penyakit ganjil Tricia telah berjaya dirawat oleh doktor.
Quote:

9. Hujan Es telah berlaku
[imagetag]
Pada suatu hari, kira-kira jam 4.50 petang, dilaporkan hujan Es telah berlaku di Kampung Inobong, Penampang, Sabah. Salah seorang penduduk disitu bernama, Evelyn Mingkong mengatakan telah mendengar bunyi kuat menghempap atap rumah mereka, dan sebelum itu berlaku hujan lebat dan petir. Dilaporkan, hujan Es tersebut adalah sebesar bola golf. Ramalan cuaca yang telah dibuat meramalkan keadaan akan hujan pada hari tersebut dan tiada sebarang kelainan cuaca di dapati hasil daripada tinjauan.
10.Hati-hati karena kematian dapat mendatangimu bila bila masa sahaja
[imagetag]
Seorang pengusaha bernama Danie de Toit sedang berpidato di depan pengunjung di Afrika Selatan. Topik dari pidatonya adalah – Hati-hati kerana kematian dapat mendatangimu bila bila masa sahaja. Pada akhir pidatonya, dia telah memasukkan sebuah gula getah "permen" peppermint ke mulutnya. Beliau telah tersedak dan telah meninggal di tempat kejadian.



Quote:

Yang udda ISO lempar Cendol yoo
:toast

ComputerNerd 05 Sep, 2011

Admin 05 Sep, 2011


--
Source: http://kaskus-forum.blogspot.com/2011/09/15-peristiwa-aneh-di-dunia.html
~
Manage subscription | Powered by rssforward.com

0 komentar on 15 Peristiwa aneh di Dunia :

Post a Comment and Don't Spam!

DAFTAR ISI